“Awak,tolong jadi isteri saya,boleh?”Ana
kaget,tiba-tiba dia seakan blur dengan apa yang baru berlaku..’Biar betul mamat
sorang ni.Datang kedai aku terus minta jadi bini.’
“Hah? “Ana cuba dapatkan kepastian.
“Bolehlah..saya sangat sangat sangat
perlukan seorang isteri sekarang ni..Urgent.”Rayu lelaki itu lagi.Ana pusing
kepala,bingung.
“Tapi saya tak kenal awak,awak pun tak
kenal saya rasanya.”
“Tak apa,sesi perkenalan boleh buat
lepas kahwin nanti.”
“What?No no no..saya tak boleh kahwin
dengan orang yang saya tak kenal..lagipun umur saya baru 18 tahun lah..cari
orang lainlah.”Tegas Ana.
“Tolonglah..saya boleh bagi apa saja
yang awak nak.Rumah,kereta,even awak nak sambung belajar kat overseas pon saya
boleh support,saya boleh bagi segala-galanya yang awak mahukan..just agree to
be my wife..”
“Ya Allah..kenapa dengan awak ni?saya
tak nak segala-galanya..saya kalau boleh hanya nak jadi hamba Allah yang
terbaik.Itu je..”
“Okay then,be the best servant by
marrying me.”Ujar lelaki itu.Ana mengeluh.
“Saya tak nak bazirkan hidup saya untuk
orang yang bukan jodoh saya.”
“Mana awak tahu saya bukan jodoh
awak?”Ana terdiam,memang rasa terpukul dengan kata-kata lelaki di depannya ni.
“Entahlah,tanyalah ibu ayah saya dulu.”
“Betul ni?”
“Err…”aduh..tersasul pula tadi…Ana lantas
mengambil sehelai kertas dan pen.Setelah mencoret sesuatu dihulurnya kepada
lelaki tersebut.
“Nah.Alamat rumah orang tua saya.Jawapan
saya bergantung pada jawapan mereka.”Ana memberi kata putus.Lelaki itu
tersenyum kemudian berlalu pergi.
Ana resah semacam.Rombongan yang baru
tiba tadi diintai dari dalam bilik.Sungguh dia tak sangka yang lelaki hari itu
serius nak memperisterikan dia..
“Ya Allah..ujian apakah ini?”Adu Ana
perlahan.Ana terjerit kecil apabila bahunya ditepuk,lantas dia berpaling.
“Ujian apanya?Ini namanya rezeki..terima
sajalah Ana oi..Lagipun aku tengok dia tu ikhlas.”Tegur Mira.Ana menjeling..
“Ikhlas?Aku tak rasa pun macam tu..sebab
haritu dia kata dia sangat perlukan isteri,urgent.Ra..aku confuse ni..tolong
aku Ra..”
“Kau nak tahu apa pendapat aku?Aku rasa
baik kau terima je.He’s deadly serious dengan kau..kalau tak buat apa dia
datang bawak satu family dia masuk minang kau?”
“Terima kau cakap?Nama dia pun aku tak
tahu..tujuan sebenar dia pun aku tak tahu.Apa-apa tentang dia pun aku tak
tahu.Macamana aku nak redha dia jadi imam aku?...”Perbualan Ana dan Mira
terhenti bila pintu bilik terbuka.Puan Syarha tersenyum sambil melangkah masuk.
“Ana,ibu nak tanya Ana ni..Ana setuju
tak?”Ana memandang ibunya dan Mira bersilih ganti.
“Ibu setuju?”Tanya Ana.
“Ibu dengan ayah setuju..tapi Ana ingat
ye,keputusan dalam tangan Ana.”Hampir menitis air mata Ana.. ‘Ya Allah..andai
ini takdirku,andai dia jodohku..’ Ana lantas mengangguk sambil tersenyum.
Ana membelek-belek cincin emas di jari manisnya.
‘Betul ke apa yang aku buat ni?’Meskipun
sudah sah bertunang dengan lelaki tersebut,Ana masih buntu..solat istikharah
telah pun didirikan beberapa kali..tetapi entahlah..hatinya masih ragu-ragu.Nama
lelaki itu pun dia masih tak tahu..setiap kali bercakap soal lelaki itu dengan
keluarganya Ana akan buat endah tak endah..Tidak mahu kusutkan kepalanya dengan
soal itu lagi..’Apa nak jadi,jadilah..’Desis hati Ana.
Dia lantas bangun dan mengambil
wuduk,solat sunat hajat didirikan..seusai solat dia menadah tangan..
“Ya Allah,berikanlah hamba-Mu ini
kepastian..kurniakanlah hamba ketenteraman dan ketenangan jiwa ya Allah.. tunjukkanlah
hamba sesuatu yang pasti ya Allah..amin ya rabbal alamin..”
“Aku terima nikahnya Nurul Jannah Binti
Mohd. Asngari dengan mas kahwinnya lapan puluh ringgit,tunai..”Bergegar jantung
Ana mendengar ijab kabul dilafazkan.Serasa tak percaya yang dia kini sudah sah
menjadi seorang isteri.Setibanya upaca membatalkan air sembahyang Ana
gelisah.Suaminya tersenyum suka sambil menghulurkan tangan.Ana menyambut
lambat-lambat lalu menciumnya kemudian
sebuah ciuman hinggap pula di dahinya..Tiba-tiba Ana terasa aman.Sebelum tangan
mereka terlerai sempat Ana bertanya..
“Awak buat istikharah ke?”Lelaki itu
mengangguk.
“Dah..dan saya cuma nampak,rasa dan dengar
awak..”bisik lelaki itu,bulu roma Ana meremang.
Ya Allah..time macam ni lah yang Ana paling
takutkan..sudah puas dia mengelak daripada suaminya sebaik saja selesai kenduri
tadi..kononnya menyibukkan diri kat dapurlah,bawah khemahlah..macam-macamlah
yang dia buat..tapi,nak buat macam mana?..
“Assalamualaikum..”Tegur suaminya..Ana
diam menekur lantai ketika keduanya duduk si birai katil.
“Isteri abang ni kenapa pula?takut?abang
tak buat apa-apa lah..”Terdengar ketawa kecil lelaki itu.Ana mengangkat
wajahnya.
“Ana..abang tahu isteri abang ni muda
lagi..abang tak akan suruh Ana tunaikan kewajipan Ana sebagai isteri abang buat
masa ni..in sha Allah..semuanya jadi bila Ana dah sedia ya..”Serta-merta hati
Ana cair..tutur kata suaminya yang lembut terus buat Ana jatuh cinta..
“Er..a..abang..Ana nak tanya something
boleh?”Soal Ana,suaminya lantas mengangguk.
“Hm..apa nama abang?”Suaminya menepuk
dahi.
“MasyaAllah..isteri abang ni tak tahu
nama suami sendiri?tak kan ibu ayah tak bagitau?”Ana menggeleng.
“Tak tengok kad kahwin?”Sekali lagi Ana
menggeleng.
“Subhanallah..isteri abang ni kena
kahwin paksa ke?”
“Abang juga yang kata sesi perkenalan
selepas kahwin..”Ana ketawa kecil kemudian terdiam bila terlihat wajah suaminya
berubah.
“Er..kenapa?”
“Tak sangka Ana nampak cantik sangat
bila tersenyum.Lagi-lagi bila Ana senyum sebab abang.”Ana kembali menekur
lantai,malu.
“Kalau sayang abang nak tahu,nama abang
Nazrin Shah,umur 25 tahun..”Ana memandang wajah suaminya.
“Lagi?..”
“Lagi?...hm..abang kerja sebagai doktor
bedah kat HUKM..”
“Wah..abang doktor rupanya..pandainya
abang..”terpancar sinar kagum pada mata Ana.Nazrin tersenyum kecil lantas menutup mata Ana.
“Hisy,janganlah pandang abang macam
tu,malulah abang.Abang tak pandai mana pun lah..”
“Abang,Ana nak tanya lagi boleh?”
“Tanyalah..inikan sesi taaruf kita..”Ana
tersenyum simpul.
“Kenapa masa dekat kedai haritu yang
first time Ana jumpa abang tu abang kata abang perlukan isteri?pulak tu
urgent.Dan yang paling Ana hairan,kenapa abang boleh tiba-tiba pilih Ana?”
Nazrin ketawa kecil.. ’Comel betul
isterinya bila muka blur ni.’
“Sebenarnya,abang bukan tiba-tiba tau
pilih Ana..abang dah skodeng Ana banyak kali tau.”Terbeliak biji mata Ana
mendengar pengakuan suaminya.
“Iye..first time abang nampak Ana kat
kedai tu masa kawan abang beli kat situ,time tu abang dah suka tengok
Ana..dengan Ana yang bertudung,suara pun dengar tak dengar…”
“Eh,tu pun boleh suka ke?”Sampuk Ana.
“Iyelah..suara pun aurat kan.Abang tak
berkenan dengan wanita yang suka cakap suara lunak-lunak ni..”
“Oh..macam tu..sambunglah citer abang
lagi.”Nazrin tersenyum mendengar permintaan isterinya.
“Kemudian esoknya abang datang lagi,lama
abang perhatikan Ana..Abang perasan yang Ana dengan customer lelaki payah betul
nak senyum ye.”Nazrin mencuit pipi isterinya..Ana tergelak kecil.
“Ana tak biasa senyum kat lelaki..”
“Haha..takpe..abang suka macam tu..then
abang tahu yang Ana suka kat budak kecil sesangat kan?..”
“Eh,macam mana abang tahu?”
“Mana taknya,setiap kali customer datang
bawa anak atau bayi automatik je Ana senyum kan..lagi-lagi dengan bayi.Siap
main cak-cak lagi.Bapak dia pun dah pandang Ana semacam..”
“Oh yeke?Haha..Ana tak perasan.”Ana
ketawa lagi.
“Masa tu instinct abang dah kuat dah nak
lamar Ana.Tapi abang sabar dulu..Nak observe Ana lagi.”
“Hisy,,ingat Ana ni eksperimen ke?”Rajuk
Ana.
“Mana ada..nak abang sambung lagi tak?ke
nak merajuk je?”
“Hm..sambung jelah..”Nazrin tersenyum.
“Kemudian esoknya abang datang
lagi,tup-tup abang tengok Ana dah bertudung labuh,Subhanallah..Masa tu hanya
Allah je yang tahu betapa sukanya hati abang.Sejuk je mata dan hati abang
tengok Ana.Then,abang tunggu lagi beberapa hari,nak tengok Ana betul ke dah
berubah..”
“Ana istiqamah la,bang..”
“Iye sayang..abang tahu..sepanjang
tempoh masa tu,sedikit sebanyak abang tahu fasal Ana..dan yang paling abang
suka kat isteri abang ni dari mula sampai akhir adalah Ana selalu sembahyang
awal waktu..”
“Isy..semua orang pun macam
tulah,bang..”
“Eh,,ada yang tak,sayang..”
“Oklah..lepas tu?”
“Lepas tu instinct abang pun makin
kuatlah nak lamar Ana,sebab abang tahu,tak susah nak bimbing isteri abang ni ke
syurga kan…”Nazrin melirik mata ke arah isterinya,Ana tersenyum simpul.
“Habis,yang fasal urgent tu?Kenapa abang
tiba-tiba kata urgent pulak?”Nazrin tersengih sumbing sambil menggaru
kepalanya.
“Er..yang itu..er,,ye la..isteri abang
ni dahlah cantik,sopan,tutup aurat..abang pun selalu perasan yang ramai orang
datang kedai Ana kan..Especially budak-budak lelaki USIM tu..tu yang abang
cepat-cepat lamar Ana tu..Tak sangka pulak Ana bagi alamat rumah..Nama pun tak
bagi,tup-tup kasi alamat..terkebil-kebil abang nak masuk minang tak tahu
nama..Nasib baiklah dalam rumah ni ada sorang je anak dara..kang tersalah
pinang kang..melepas Ana..”
“Eh,abang lah terlepas..Ana pulak.”
“Yelah,abang kan hensem..tak hensem ke abang?”Ana tersenyum manja.
“Yelah,abang kan hensem..tak hensem ke abang?”Ana tersenyum manja.
“Hensem..lagi hensem dari Abang Izz..”
“Iye?Ahamdulillah..”
“Abang..”
“Iye sayang..”
“Betul ke abang dah buat istikharah
sebelum kahwin dulu?”
“Iye..Takkan abang nak tipu Ana pulak.”
“Betul abang nampak Ana?”
“Betul..abang mimpi Ana lari-lari bawak
bunga kejar abang.”Ana terdiam.
“Biar betul?”Nazrin ketawa besar sambil
mencuit dagu isterinya.
“Ana,petunjuk dari Allah,bukan melalui
mimpi je..Hati abang ni petunjuknya.Yakin sangat yang Ana ni tulang rusuk kiri
abang.”
“Subhanallah..mudahnya jodoh Ana.Ana
selalu risau fasal bakal suami Ana..Takut..”
“Takut apanya?Wanita yang baik untuk
lelaki yang baik,begitu pula sebaliknya..Ana kan baik..dapatlah abang yang baik
ni jugak..”
“Hisy,perasanlah abang ni..”Muncung
bibir Ana membuatkan Nazrin tertawa kecil..
“Dahlah,sayang..jom.”
“Er,,jom mane?”Ana mula gelabah.
“Ambil wuduk,nak solat sunat
jemaah…”Nazrin lantas bangun sambil menghulurkan tangan kepada isterinya.
“Oh..ingatkan apa
tadi..jom,jom..”huluran suaminya disambut.
“Hm..lepas tu kita tidurlah..”Seloroh
Nazrin nakal..
p/s-sesungguhnya jodoh kita sudah
tertulis di lohmahfuz,maka perbaikilah hubungan kita dengan Allah S.W.T.
nescaya,Dia akan mempermudahkan segala-galanya .In sha Allah..
No comments:
Post a Comment